Suasana pilihan raya Pilihan_raya_kecil_Merlimau_2011

Pada 29 Januari 2011, pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia(SPRM), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan di Labis, Johor. SPRM menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari 2011 berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada 28 Februari 2011.Penamaan calon akan berlangsung pada 26 Februari manakala jika ada pertandingan pengundian diadakan 6 Mac. Anggaran belanjawan yang diperlukan adalah sebanyak RM830,000[2] Pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau di Dewan Platinum Politeknik Merlimau akan dibuka pada 9 pagi dan dibuka selama sejam saja.[3]

Hari penamaan calon

Pada hari penamaan calon 26 Februari 2011, perarakan Pakatan Rakyat yang disertai selebriti Bob Lokman bermula dan tiba di pintu masuk tempat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh. Pada pukul 11.38 pagi, pegawai pengurus pilihan raya Roslan Eusoff mengumumkan menerima dua borang pencalonan masing-masing dari PAS dan BN.Terdapat tiga bantahan terhadap borang pencalonan BN namun semuanya ditolak. Oleh itu SPR mengumumkan satu lawan satu di Merlimau. PAS diwakili Yuhaizad Abdullah manakala BN diwakili Roslan Ahmad. [4]

Kempen pilihan raya

Pada 12 Januari 2011, menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, PAS akan bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kempen pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau berjalan baik dalam suasana harmoni.[5]

Pada 38 Februari 2011, menurut penolong Setiausaha BN Melaka, Datuk Hasan Rahman, lebih 12,000 bendera Barisan Nasional (BN) dipasang di sekitar Merlimau sebagai persiapan parti itu menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.Pihaknya mengadakan lebih 321 perjumpaan berkumpulan dengan pengundi di Merlimau.[6]Ketika berucap dalam ceramah memperkenalkan calon PAS, Presiden PAS Hadi Awang telah menetapkan tema kempen, iaitu anti-rasuah, memperjuangkan sistem pilihan raya yang bersih, dan kepentingan untuk menyedarkan rakyat serta menggunakan revolusi Jasmin yang berlaku di Timur Tengah. Menurut pengamatan wartawan, pengundi di kubu tradisional BN ini kurang senang untuk menyatakan pendirian ketika ditanya parti mana yang disokong. [7]


Hari pengundian

Berkaitan